Permohonan Kemasukan

Permohonan / proses kemasukan anak anak ke DH

Anak-anak yang layak untuk tinggal di Darul Hanan adalah terdiri dari anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga miskin. Walau bagaimana pun jika anak tersebut adalah yatim, kriteria ekonomi waris adalah diutamakan.

Sebaik-baiknya anak yang diambil adalah sedang bersekolahan dan anak-anak yang belum bersekolah hanya boleh ditimbangkan mengikut merit.

Semua kemasukan anak-anak mesti mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Darul Hanan.

Proses pengambilan anak-anak adalah mengikut prosedur berikut:

1. Pemohon perlu mengisikan Borang Permohonan Kemasukan Secara Atas Talian yang disediakan dengan lengkap bersama dokumen yang disenaraikan seperti:
1. Salinan kad pengenalan
2. Sijil kelahiran
3. Sijil kematian
4. Slip gaji waris
5. Pengesahan daripada majikan
6. Jenis bantuan-bantuan yang diterima jika ada
7. Keputusan peperiksaan calon yang terbaru/ terkini dan sokongan daripada pihak sekolah

2. Pegawai Darul Hanan akan melawat ke rumah pemohon yang telah disenaraikan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kehidupan sebenar pemohon bagi tujuan penilaian seterusnya.

3. Hasil dari lawatan tersebut akan dibentangkan ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Darul Hanan bagi penerimaan / penolakan. Calon-calon akan dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa tersebut.